Foto pelakon Haneesya Hanee menggayakan sehelai skarf berwarna merah dengan posisi bertinggung itu hangat diperbualkan netizen di laman sosial. Rata-rata menyifatkan pelakon dan model wanita ini seolah mempersendakan agama apabila hanya menggunakan skaft menutupi bahagian kepala dan badan kecuali bahagian kaki didedahkan.
Bagaimana, Haneesya Hanee tampil respon kecaman netizen dan dedahkan situasi sebenar disebalik photoshoot itu berlangsung.
Saya tak bodoh agama
Haneesya menerusi laporan mStar berkata dia tiada niat sama sekali untuk memperlekehkan agama Islam dengan imej menutupkan kepala dengan sehelai selendang merah tetapi bahagian kakinya didedahkan. Tambahnya, dia kesal apabila pemilik jenama produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan itu di media sosial.
Saya tak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri. Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu sahaja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh.
Sedangkan masa penggambaran saya sudah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan seksi apatah lagi muat naik di media sosial.
Bukan salah saya
Malah, Haneesya turut berpendapat dia tidak melakukan kesalahan kerana gambar tersebut dikongsi orang lain sehingga tercetusnya kontroversi.
Bila mereka memuat naik gambar itu, pada saya itu bukan salah saya sebab mereka yang berbuat demikian. Bagi saya pula, saya sudah cuba yang terbaik untuk pastikan gambar itu dihapuskan bukan kerana saya takutkan kecaman tapi saya pun tahu macam gambar itu tidak patut dikongsi di media sosial sebab boleh timbulkan kemarahan orang.
Saya tak jahil sampai tahap macam tu
Haneesya berkongsi mesej yang ditonjolkan menerusi foto tersebut ialah peranan skarf yang boleh ditampilkan dalam pelbagai gaya.
Jadi, tak wajar ada pihak nak tuduh saya mempermainkan agama, saya tak jahil sampai tahap macam itu lagi. Menurut apa yang mereka jelaskan kepada saya, ia bukanlah sehelai skarf semata-mata merujuk sebagai tudung sahaja, namun, ia boleh dipelbagaikan macam ala-ala old school.
Sumber: mStar, Haneesya Hanee