Tiada angin tiada ribut, nama pelakon, Zara Zya menjadi sebutan netizen apabila foto seorang wanita menyarungkan sebentuk cincin ke jarinya viral di media sosial.
Artikel berkaitan: Zara Zya Mengaku Buat Suntikan Muka & Bibir, Bukan Untuk Ubah Bentuk Fizikal Tapi…
Dah tunang?
Berikutan foto viral itu, netizen mula berteka-teki sama ada pelakon itu kini bergelar tunangan orang. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, foto tersebut diambil dari jarak jauh namun kelihatan jelas wajah Zara Zya yang dilihat memakai busana serba putih.
Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Zara berkata dia akan berkongsikan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti serta meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.
Sumber: Facebook & Harian Metro