Kisah rumah tangga di antara pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada nampaknya masih belum berakhir apabila pelbagai isu timbul.
Artikel berkaitan: ‘Shuhada Ditumbuk Sebanyak Tiga Kali Pada Bahagian Muka’ – Ahli Keluarga
Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama
Terbaru, wanita bertudung yang dikenali sebagai Athira Yuhada dilihat memuat naik sebuah posting berkaitan ‘penyebar fitnah’ di akaun Instagramnya.
Penyebar fitnah
Digelar sebagai penyondol dan orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada, Athira didakwa begitu tenang tatkala menghadapi setiap kontroversi yang berlaku.
Tidak lama selepas itu, Athira dipercayai memuat naik posting ‘penyebar fitnah’ di akaun Instagramnya.
Seperti umum mengetahui, seorang ahli keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita tersebut menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Berikutan daripada itu, pelbagai spekulasi telah timbul apabila Shuhada seakan menyindir ‘penyondol’ yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menghubungi Hafidz lagi.
Sumber: Athira