berita

Viral Kisah Murid Dakwa Ditampar Guru Sekolah, Polis Buka Kertas Siasatan

April 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, kisah mengenai seorang murid yang didakwa ditampar oleh seorang guru telah tular di media sosial dan perkongsian tersebut bagaimanapun telah menimbulkan amarah dalam kalangan warganet.

Difahamkan, murid tersebut mengalamai kecederaan di bahagian mulut dan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah agama di Kulai, Johor Bahru.

Polis buka kertas siasatan

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, lapor Harian Metro pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kertas siasatan berkenaan bertujuan mendapatkan punca kejadian dan polis kini sedang giat mengesan saksi-saksi bebas selain akan berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Jelas Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow, seorang pegawai kanan polis di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah menerima satu maklumat daripada laman media sosial berhubung kes tersebut.

Ujarnya lagi, semakan awal mendapati tiada sebarang laporan yang dibuat sebelum satu laporan dibuat oleh pihak polis sebagai maklumat pertama bagi menjalankan siasatan lanjut.

Pada masa yang sama, dia turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Izanzaki di talian 014-5296880 bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×