berita

Viral Kisah Pak Cik Tinggal Dalam Pondok ‘Sampah’, Penduduk Kampung Tampil Dedah Kisah Sebenar

May 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Hakikatnya, setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari daripada masalah. Ada di antara mereka yang diuji dengan pelbagai dugaan antaranya ialah dari segi kesusahan hidup, kesihatan dan sebagainya.

Begitulah nasib yang ditimpa oleh seorang lelaki warga emas ini iaitu Syed Hamzah Bin Syed Mohammad apabila dia dipercayai terpaksa menetap di rumah yang sangat usang dan kotor kerana kemiskinan hidup.

Duduk di pondok usang

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Anang Vespa ada berkongsi satu kisah sayu tentang kehidupan seorang lelaki, Pak Cik Aid yang hidup dalam keadaan sangat daif. Lebih meruntun hati apabila melihat keadaan kediaman yang didiami lelaki ini sangat kotor dimana botol-botol kosong dan kotak berteraburan di lantai rumah berkenaan.

Tubuh menggigil kelaparan

Menurut lelaki ini, dia menyedari keberadaan lelaki ini apabila dia mendengar suara jeritan ketika dia melalui satu kawasan pedalaman di Jawang, Sungai Siput di Perak. Sebaik sahaja selepas mendengar jeritan tersebut, dia kemudian terlihat Pak Cik Aid keluar daripada pondok berkenaan dalam keadaan tubuh badannya menggigil kerana lapar. Individu ini yang kebetulan membawa beberapa kotak makanan turut memberi sumbangan kepada Pak Cik Aid.

Penduduk dedah kisah sebenar

 

Sementara itu, menurut beberapa orang pengguna Facebook yang mengenali Pak Cik Aid ini kemudian tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut mereka, pihak-pihak atasan dan penduduk kampung juga telah memainkan peranan mereka dengan membantu dan memberi sumbangan makanan kepada Pak Cik Aid tetapi sayangnya lelaki warga emas ini dikatakan lebih memilih untuk hidup dalam keadaan seperti ini. Difahamkan juga, Pak Cik Aid memiliki dua orang anak lelaki dan kedua-duanya kini sedang bekerja di Pasar Besar Super Kinta di Ipoh.

Terima kasih kerana membantu

Sumber: Anang Vespa

SKIP THIS AD ×