berita

Viral Pelajar Bermalam Atas Pokok Untuk Internet, SKMM Akan Bina Menara Telekomunikasi

June 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Demi menjawab peperiksaan online, seorang pelajar sanggup bermalam di atas pokok kerana mahu mendapatkan capaian internet yang kuat. Menerusi video berdurasi 11:21, Veveonah Mosibin dilihat membuat pondok kecil sebagai persediaan peperiksaan namun musnah terkena hujan. Disebabkan itu, dia terpaksa memanjat pokok demi memastikan capaian internet lancar.

Melawat kampung adik Veveonah

Melawat kampung adik Veveonah Mosibin #viralyoutube (akses online). Terbaik semangat adik Veveonah dalam menghadapi situasi menjawab peperiksaan secara atas talian dalam keadaan kawasan yang tidak kuat capaian Internet. Semoga adik Veveonah akan terus cemerlang dan bersemangat.

Terima kasih atas sokongan dan komen yang diterima, terbaik,pihak PPD Pitas mengalu-alukan sebarang komen yang membina. Walaubagaimanapun, FB PPD Pitas adalah medium penyampai maklumat dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Pitas (khususnya berkaitan pendidikan) untuk perkongsian umum. Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan.

Peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan penggunaan media sosial adalah seperti yang berikut:
Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam”.

SKMM akan bina menara telekomunikasi

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina sebuah menara telekomunikasi di Kampung Bilangau Kecil. Menara tersebut boleh dioptimumkan untuk meningkatkan kadar liputan di Kampung Sapatalang, Pitas di mana tempat penuntut berkenaan terpaksa bermalam.

Menara telekomunikasi ini yang dibina di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, dijangka siap menjelang suku kedua 2021.

Liputan 3G tersebut membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian. Manakala untuk tujuan aktiviti penstriman pula, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.

SKMM mendapati dalam lingkungan 1.4 kilometer daripada kampung penuntut, liputan 3G boleh didapati. Untuk memastikan liputan yang lebih baik, SKMM membuat perancangan sejak awal tahun ini untuk menaik taraf kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP).

Sumber : Pejabat Pendidikan Daerah Pitas , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×