berita

Viral Pelakon Kongsi Pengalaman Babak Rogol, Suami Raja Farah Anggap Ianya Memalukan – ‘Itu Tentang Aib & Kehormatan Wanita’

October 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Semalam, tular di media sosial rakaman video memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dalam satu temu bual membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan oleh mereka.

Fauzi Nawawi berkongsi mengenai watak jahat

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, memaparkan pelakon Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai salah satu babak lakonannya dalam filem Anak Halal yang membabitkan pelakon wanita, Raja Farah.

Ujar Fauzi Nawawi, watak perompak dan perogol menjadi watak kegemarannya kerana wajahnya yang dikatakan ‘sesuai’ dengan watak-watak berkenaan.

Perompak dan perogol tu adalah watak kegemaran saya sebab wajah. Orang tengok muka saya ni memang lah mungkin Tuhan dah bagi macam ni kan.

Bila ubah sikit reaksi, dia ni macam perogol. Jadi bila orang cakap benda tu saya nak buat tu saya rasa lagi semangat.

Namun, babak berkenaan dikatakan terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa Raja Farah.

Babak itu apabila preview semua mak ayah dia minta jangan tayang.

Respon Raja Farah

Walau bagaimanapun, Raja Farah dan suaminya tampil memberi respon mengenai video temu bual yang tular di media sosial tersebut di Instagram.

Suaminya turut mengatakan bahawa temu bual yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut kerana mereka tidak menjaga aib serta kehormatan wanita.

Saya faham awak nak cerita tentang karya seni awak, betapa real pengalaman sinematik, kami faham benda tu sebab isteri saya pun berlatarbelakangkan daripada anak seni.

Ujar suaminya lagi, dia memaklumkan bahawa pelakon berkenaan tidak patut menceritakan babak berkenaan secara spesifik dan tidak patut dibual di dalam rancangan tersebut kerana ia mengenai aib dan kehormatan seorang wanita apatah lagi wanita itu sudah berkahwin.

Sebagai suami, dia menganggap perkara itu adalah sangat memalukan dan mengatakan perkara yang dibahaskan oleh pelakon lelaki tersebut seperti ‘orang jahil’.

Kami tak perlu meminta maaf dari orang yang berkata tu. Kami cuma tidak mahu perkara ini tidak mendatangkan fitnah. Kita nak tutup hal ini dan saya berdoa orang yang berkata sedemikian.

Mungkin dia terlepas cakap atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti sesal dengan apa yang diucapkannya tu. Kita berlapang dada. Kami memberi respon kerana perkara ini dah viral.

Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz mengakui terkesan dengan perkara berkenaan kerana merasakan aibnya seperti dibuka dan dirinya tidak dihormati.

Dalam pada itu, dia berharap pelakon berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara peribadi setelah apa yang telah berlaku.

Video respon :

Sumber : FayyanFreaks, rajafarahaziz

SKIP THIS AD ×