berita

Viral Penguatkuasa ‘Angkat Tangan’, Anggota Digantung Tugas, Adun Subang Jaya Tuntut Permohonan Maaf

February 14th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tindakan seorang lelaki warga emas melakukan provokasi dan menghalang tugas penguatkuasa undang padah apabila dia dipukul sehingga rebah. Menerusi sebuah video yang viral di laman sosial, lelaki warga emas itu dilihat terlebih dahulu menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggunakan payung dipercayai kerana tidak berpuas hati kereta ditarik.

Penguatkuasa harus minta maaf

Adun Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze menyatakan rasa kecewa dengan tindakan kasar penguatkuasa tersebut. Katanya, walaupun tindakan warga emas menyerang menggunakan payung adalah salah. Dia sebagai penguatkuasa tidak seharusnya membalas dengan kekerasan.

Dia juga menggesa penguatkuasa itu memohon maaf dan pihak MPSJ seharusnya melatih anggotanya cara yang betul ketika berhadapan dengan situasi tegang antara pemilik kereta.

Menerusi Berita Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata anggota penguatkuasa tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan. Katanya lagi, pihaknya memandang serius insiden ini dan menasihatkan orang awam supaya mengemukakan aduan kepada MPSJ jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan anggotanya.

Dua-dua salah

Di ruangan komen, orang ramai walaubagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dianggap berat sebelah. Mereka berpendapat kedua-duanya salah kerana melampaui batas masing-masing.

Sumber : Michelle Ng Mei Sze , Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×