berita

Viral Screenshot Cuma Ambil Dos Pertama, KJ ‘Tayang’ Sijil Vaksin Dah 3 Kali Cucuk – ‘Jangan Terpengaruh’

January 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial sejak semalam tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didakwa hanya menerima satu dos suntikan.

Status ‘sedang diproses’

Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khairy memberitahu laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini.

Saya telahpun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut. Malah, pengambilan dos pertama tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera saya selepas saya menerima vaksin tersebut.

Tambah Khairy, suntikan dos kedua telah diambil pada 8 April 2021. Berhubung dos penggalak pula, Khairy menjelaskan kepada umum bahawa dia telah menerima dos Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Jangan terpengaruh

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut. Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.

Di akhir posting, Khairy menegaskan bahawa khabar angin yang sedang viral di media sosial sekarang ini adalah tidak benar sama sekali. Ujar Khairy, golongan anti vaksin didakwa telah menyebarkan berita palsu kepada semua berhubung isu beliau tidak mengambil vaksin.

Sumber: KKM

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×