berita

Viral Teruk! Ada Satu Perkara Gempak Akan Berlaku Di KL 31 Mac Nanti. Dahsyat!

March 23rd, 2018 | by Noraniza
Kini Trending

Dengar cerita, orang JB, Kuantan, Shah Alam dan Ipoh dah enjoy layan Gegaria Fest. So, tak lama lagi akan menggegarkan KL pulak!

Nah, ini 8 perkara yang korang boleh expect di Gegaria Fest. Come and enjoy!

1. Mulakan hari anda dengan Fitness Dance . Yeah!

Asyik kumpul lemak je kan selama ni? Jom kita bersenam dengan Hanif Shawn di Gegaria Fest bermula pada 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi.

Hanya mereka yang mendaftar sahaja akan berpeluang untuk dapat cenderahati daripada Gegaria Fest! Cantik tau. Ada T-shirt. drawstring bag dan bandana!

MACAM MANA NAK DAFTAR FITNESS DANCE NI? KLIK DI SINI!

2. Yass.. Ada variasi makanan di Gegaria. Syurga makanan!

Korang ‘kaki makan’? Ataupun ‘kaki upload gambar’ makanan dalam Instagram? Nah, di Gegaria Fest ada banyak makanan lazat yang mampu menggoada selera anda. Habislah diet!

Bila cakap pasal makanan, ada juga Food Demo yang akan dilakukan oleh Chef Naem Ramli di ‘Dapur Panas’. Agaknya dorang nak buat demo masak apa eh?

Lepastu, ada juga Food Challenge di booth JJCM ni. Dengar cerita, ada cenderahati menarik menanti mereka yang join challenge ni. Best tu!

 

3. Wuhuu.. Boleh join macam-macam games

Tournament e-games yang lumayan!

Semasa Gegaria Fest berlangsung nanti, akan ada beberapa tournament e-games tau. Details seperti di bawah:

1. Tournament eSports ‘FIFA Online 3’ – Hadiah terkumpul bernilai RM 10,000

Pusingan kelayakan berlangsung di :

-Happy Green (Sri Johor). Link pendaftaran di sini.

– Invasion (Taman Bukit Maluri, Kepong. Link pendaftaran di sini.

*Setiap lokasi terhad kepada 64 peserta yang mendaftar sahaja. Top 16 akan berentap di Gegaria Fest Kuala Lumpur.

2. Tournament ‘Tekken 7’ – Hadiah terkumpul bernilai RM 3,000

– Tiada pusingan kelayakan, boleh terus berentap di Gegaria Fest Kuala Lumpur. Link pendaftaran di sini.

* Terhad kepada 32 peserta berdaftar sahaja.

3. Challenge F1 Racing Simulator – Hadiah terkumpul bernilai RM 2,000 

– Hanya perlu ‘walk-in’, tidak perlu mendaftar

– ‘Pelumba’ dengan masa terpantas sehingga pukul 6 petang akan diisytiharkan sebagai pemenang.

* Tertakluk kepada terma dan syarat di sini

Kitamen juga sediakan On-ground Gaming Zone tau!

Ada juga free-to-play games seperti VR Game “Until Dawn: Rush of Blood”, “PS4 game: “Dragon Ball Z” dan Nintendo Switch game: “Mario Kart 8 Deluxe”

Permainan tradisional? Ada juga….

Oh ya! Kalau korang nak main permainan tradisional seperti Congkak Gergasi, Timbang Takraw, Giant Bubble pun ada! Confirm mengimbau zaman muda remaja dulu. Hiks!

4. Dapatkan tips daripada selebriti ngetop jugak

Eh, korang jangan lupa singgah booth Gegaria Lifestyle tau! Ada Faizdickie, Elfira Loy, Reen Rahim, Eyka Farhana dan Hanif Shawn! Banyak tips yang nak dikongsi dengan korang!

Untuk pengetahuan korang, booth Gegaria Lifestyle ni memang tak pernah lekang dengan penonton! Best weh! Semua selebriti pun memang sporting habis.

 

5. Booth Gegaria Community tu apa pulak?

Di Booth Gegaria Community ni ada kiosk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), KWSP dan juga pemeriksaan kesihatan tau!

Yang bestnya, korang akan dapat badge untuk setiap aktiviti yang dilakukan di booth ini dan badge tersebut boleh digunakan untuk menebus dessert seperti Apam Balik, Aiskrim potong dan macam-macam lagi!

6. Eh, jangan lupa selfie, wefie dan OOTD!

Apa lagi yang special dengan Gegaria Fest ni? Sudah tentu sebab ‘landmark installation’ yang awesome. Bolehlah upload banyak-banyak di Instagram. Korang jangan lupa #GoGegaria dan #KitaOK tau!

7. Asyik enjoy je, apakata kenali Malaysia dengan lebih mendalam di Gegaria Throwback Tunnel!

Dalam Gegaria Throwback Tunnel ni pula, korang akan dihidangkan dengan sejarah paling berharga yang terjadi di Malaysia. Dah macam mesin masa pula bila jalan-jalan dalam ni.

Kiranya satu pendedahan yang terbaik buat anak-anak korang juga untuk mengenali Malaysia! Bila kenal, hati lebih sayang. Tak gitu?

8. Boleh enjoy konsert muda-mudi di malam hari!

Waktu malam memang paling havoc di Gegaria Fest ni tau! Sebab korang boleh enjoy konsert daripada artis super popular seperti Bunkface, Akim & The Majistret, Bittersweet, Kugiran Masdo dan Noh Salleh!

Confirm tak menyesal sebab barisan artis yang ada ni memang tak pernah gagal beri yang terbaik dalam setiap persembahan mereka!

Fuh, memang penuh aktiviti daripada pagi sampai malam! So, orang-orang KL boleh lepak di Gegaria Fest

Tarikh: 31 Mac 2018

Lokasi:  Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur

Alaa, dekat KL je ke ada Gegaria Fest? Jangan risau, Gegaria Fest akan gegarkan lokasi di bawah juga:

Tarikh: 7 April 2018

Lokasi : Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh: 15 April 2018

Lokasi: Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah

Jadi kalau korang nak maklumat lanjut mengenai Gegaria Fest ni, jangan lupa ikuti laman Facebook GoGegaria dan juga Instagram GoGegaria ya! Nah, korang boleh usha kemeriahan Gegaria Fest dalam video di bawah ni!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×