
Pelakon, Shaheizy Sam berpandangan bahawa tindakan mencetuskan isu sehingga tular sebagai strategi pemasaran perniagaan tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaheizy Sam Hormat Keputusan Syatilla Perlahankan Langkah Dalam Seni – ‘Dia Suka Berniaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaheizy Sam Sifatkan Zizie Izette Sebagai Individu Yang Tabah Selepas Pemergian Suami
Viral
View on Threads
Menurut Sam, sekiranya kontroversi yang dicetuskan itu melibatkan unsur penganiayaan, tindakan tersebut tidak akan mendapat keberkatan.
Sam turut menasihatkan peniaga agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperbaiki kelemahan diri serta mengekalkan konsistensi terhadap kualiti produk masing-masing.
Viral sebenarnya tidak menjanjikan sales yang baik terutama sekali viral yang memfitnah.
Ini namanya menganiaya, bukan berniaga jadi macam mana nak berkat? Fokus sahaja perbaiki diri sendiri dan konsisten dengan produk, inshaa-Allah berjaya juga lambat laun.
Kata Sam lagi, kejayaan akan tiba pada waktunya sekiranya seseorang peniaga itu berusaha dengan niat yang ikhlas dan berpegang teguh kepada keyakinan terhadap balasan Tuhan.
Paling penting, percaya Allah itu ada dan balasan Allah itu benar.
Bila hati rasa perbuatan itu baik, maka Allah akan balas dengan baik. Jangan tipu diri sendiri. Jaga hati.
Sumber: Threads








