berita

Viral Video Anak Lalu Jambatan Rosak Untuk Ke Sekolah, Ini Penjelasan Adun Jelai

January 2nd, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan 2018 bermula di Malaysia. Rata-rata murid berasa sangat teruja untuk kembali ke sekolah. Tidak ketinggalan juga para ibu bapa yang sanggup mengambil cuti untuk memastikan segala urusan anak-anak di sekolah berjalan lancar. Tapi tahukah anda tentang kepayahan sesetengah anak luar bandar untuk pergi ke sekolah?

Hari ini, satu video telah tular menunjukkan seorang bapa sedang memimpin anaknya melalui sebuah jambatan rosak di Kuala Lipis, Pahang. Video tersebut telah dimuat naik oleh ibu murid tersebut di Facebook dan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Terpaksa lalu jambatan rosak ke sekolah?

Dalam klip tersebut jelas menunjukkan hanya anak beranak tersebut yang melalui jambatan gantung itu dengan air sungai yang deras di bawah jambatan. Difahamkan jalan alternatif telah disediakan namun ibu bapa tersebut dikatakan tetap mahu menyeberangi jambatan tersebut.

Bahaya nyawa anak dan suami

 

Dapat perhatian pihak berwajib

 

Rupa-rupanya kerja untuk membaik pulih jambatan tersebut sudah pun mendapat kelulusan pihak berwajib dan kerja-kerja baik pulih akan dijalankan bermula pada 8 Januari 2018.

Bapa minta maaf

https://www.youtube.com/watch?v=CQe6CyVpY8Y

Menerusi Astro Awani, ADUN Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah membuat satu sidang media bersama bapa murid berkenaan untuk menerangkan tentang permasalahan tersebut. Dalam pada itu, bapa, Abdul Jalil telah memohon maaf bagi pihak isteri dan dirinya kerana telah membahayakan anaknya dan tularkan video bahaya berkenaan.

Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan ibu bapa tersebut tidak perlu mengambil risiko yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Tak salah untuk menyuarakan masalah di sesuatu kawasan namun haruslah betul dengan caranya. Admin berharap jambatan tersebut akan dibaik pulih secepat mungkin supaya insiden seperti ini tidak berulang kembali.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×