berita

Viral Video Bersama Wanita Kebaya Misteri, Ini Respon Syed Saddiq

October 22nd, 2019 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial khabar angin apabila video seorang wanita berkebaya dilihat berada di pejabat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq akhirnya menjelaskan siapa wanita berkenaan dan mengapa individu berada bersamanya, seperti dirakam dalam video berkenaan.

Viral wanita berkebaya didakwa staf Syed Saddiq

Video berkenaan menunjukkan wanita itu yang berkebaya warna peach dilihat berjalan ke pejabat Syed Saddiq dan bermesyuarat bersama malahan duduk bertentangan dengan menteri muda tersebut.

Khabar angin turut mengaitkan wanita itu sebagai seorang transgender yang berkhidmat untuk Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Jawab dakwaan video viral

Syed Saddiq menjawab kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Dia menjelaskan dakwaan wanita tersebut sebagai stafnya adalah satu fitnah.

Ada fitnah berkata dia PA (pembantu peribadi) atau setiausaha saya, itu jelas fitnah. Kalau nak semak boleh tanya pegawai tertinggi KBS. Kalau tengok portal kementerian, itu pun tahu tak betul.

Menteri itu juga menyangkal fitnah individu berkenaan sebagai transgender dan digelar pondan.

Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai diorang guna perkataan pondan.

Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung.

Nafi terkait kontrak e-sukan

Syed Saddiq juga menafikan dakwaan kononnya wanita itu diberikan kontrak besar ketika mesyuarat yang berlangsung dipercayai berkenaan e-sukan.

Setiap hari saya berjumpa dengan ramai orang, dan dia datang sebagai sebahagian dari kumpulan. Saya tak pasti kenapa orang nak fokuskan pada dia seorang dan bukan 6 yang lain.

Fokus pada isu sebenar

Bekas pendebat terbaik Asia itu juga memuatnaik status di Twitternya menyangkal kesemua dakwaan dan menyeru semua pihak untuk memberi fokus kepada isu sebenar mengaitkan rakyat.

Wanita dengan nama Instagram @cleopatra_x3, menyertai mesyuarat bersama Syed Saddiq sambil disertai beberapa orang lelaki. Diasaskan pada 2011, Orange E-Sport adalah penaja untuk pasukan game yang mewakili negara ke kejohanan. Pihak Malay Mail masih menghubungi syarikat itu untuk mengesahkan status wanita berkenaan.

Sumber: Syed Saddiq, Zurairi ARMalaysia Gazette, Malay Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×