berita

Viral Video ‘Blogger’ Seakan Hina & Ajuk Laungan Azan Di Radio, Yusuf Azmi Gesa Polis Ambil Tindakan

July 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa isu mempersendakan agama Islam yang dilakukan beberapa individu termasuklah seorang wanita yang menjadikan agama dan bangsa sebagai bahan komedi.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) iaitu Yusuf Azmi berkongsi satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang seakan mengajuk laungan azan di radio kenderaan yang dinaikinya.

Tindakan biadap lelaki mengajuk laungan azan

Menerusi perkongsian Yusuf Azmi di InstaStory, dia meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan biadap ‘blogger’ berkenaan yang langsung tidak menjaga sensitiviti agama lain. Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu juga seakan menguji kesabaran umat Islam. Susulan daripada itu, Yusuf Azmi meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera melakukan siasatan lanjut selain mengambil tindakan yang sepatutnya.

Ini lagi satu biadap! Jangan uji batasan kita! PDRM mohon ambil tindakan.

Hal ini kerana, tindakan yang dilakukan individu itu sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara Malaysia yang mempunyai berbilang agama, kaum dan bangsa. Tindakan seperti itu juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham dan pertikaian antara kaum.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) yang dipengerusikan oleh Yusuf Azmi menggesa pihak berkuasa menutup terus kelab komedi yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum. Bukan itu sahaja, Yusuf Azmi bersama pelawak terkenal, Shahrol Shiro dan pengarah, Syamsul Yusuf menggesa agar polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis berkenaan.

Video mengajuk laungan azan

Sumber: Yusuf Azmi

SKIP THIS AD ×