Seorang lelaki yang dikenali sebagai Dr Roland Victor cetus kontroversi apabila dia berkongsi video pandangannya mengenai vaksin Covid-19 yang akan diambil oleh rakyat Malaysia bermula bulan hadapan. Tambahnya lagi, dia juga menyatakan kesan-kesan dan alahan apabila individu yang bakal menyuntik vaksin.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Dr Roland telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya mengenai vaksin Covid-19 setelah ada laporan yang dibuat terhadap dia.
Memberitahu kesan pengambilan vaksin
Menerusi keterangan mengenai vaksin Covid-19 yang dijelaskan Dr Roland video berdurasi satu jam menjelaskan mengenai keberkesanan vaksin tersebut. Katanya, vaksin yang bakal diedarkan itu juga terdapat beberapa alahan kepada golongan asma, individu yang mengalami kesukaran bernafas, HIV dan golongan yang ada imuniti lemah tidak disarankan untuk mengambil vaksin ini.
Tambahnya, dia juga memberitahu kesan daripada pengambilan vaksin tersebut.
Lebih dari 1/10 orang akan rasa sakit di bahagian dicucuk. Akan rasa simptom keletihan, sakit kepala, sakit otot dan sendi, demam mungkin sampai menggigil.
1 daripada 100 orang mungkin akan ada kemerahan, dan mungkin ada muntah-muntah. 1 daripada 1000 orang mungkin akan ada bengkak-bengkak di bahagian ketiak atau leher. Rasa sangat lemah, sakit berlarutan di bahagian tangan dan insomia.
‘Saya akan beri kerjasama’
https://www.facebook.com/theklskyclinic/videos/747026145950701
Susulan kenyataannya selama kira-kira sejam mengenai kesan pengambilan vaksin itu, Dr Roland dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan setelah menerima laporan dari seorang individu.
Memang I dapat laporan polis yang telah dibuat ke atas saya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Berkenaan satu video yang saya buat mengenai vaksin. Saya akan tampil untuk memberi keterangan. Jangan risau, saya rasa ini benda kecil saya. Saya teguh dengan kenyataan saya. Saya rasa kenyataan saya betul kepada rakyat dan mereka akan tahu risiko-risiko yang mereka akan dapat.
Dr Roland memberi keterangan kira-kira 2 jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Polis tidak memaklumkan sama ada dia akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun, dia bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil sekali lagi.
Sumber: The KL Sky Clinic, Harian Metro