berita

Viral Video Gelandangan Bakar Kereta Wanita Selepas Cinta Ditolak Sejak Setahun Lalu

December 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara cinta yang diluahkannya sejak setahun lalu ditolak, seorang lelaki tergamak membakar kereta milik seorang wanita di Taman Bukit Serdang, Kuala Lumpur.

Cinta ditolak sejak setahun lalu

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa berada di rumahnya. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisoner A A Anbalagan, mangsa dikatakan langsung tidak tahu mengenai insiden itu sehinggalah dia dimaklumkan oleh jiran tetangga.

Mangsa turun ke bawah pangsapuri untuk melihat keretanya dan mendapati pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.

Difahamkan, perbuatan lelaki itu juga menyebabkan kenderaan yang diparkir bersebelahan musnah terbakar. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis berjaya menahan suspek yang berusia 29 tahun itu selain merampas sebuah motosikal, sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api yang digunakan semasa kejadian.

Hasil soal siasat, suspek mendakwa membakar kereta mangsa kerana tidak puas hati selepas cintanya ditolak sejak setahun lalu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, suspek merupakan seorang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Malah hasil ujian air kencing juga mendapati suspek negatif pengaruh dadah. Suspek direman lima untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×