berita

Viral Video Kucup Dahi Di TikTok, Netizen Dakwa Lesti & Rizki Dah Berkahwin?

August 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di TikTok, viral sebuah video mengenai pasangan selebriti Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizki Billar. Pasangan ini mencuri perhatian netizen apabila Rizki mencium dahi Lesti semasa melakukan sesi live. Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa pasangan ini sudah berkahwin secara senyap tanpa mendedahkan hal tersebut kepada umum.

Didakwa telah bernikah

Difahamkan, Lesti dan Rizki sepatutnya bernikah pada 23 Julai yang lalu tetapi disebabkan pelaksanaan perintah darurat PPKM, hasrat tersebut terpaksa ditunda. Mereka juga dikatakan ingin menunggu sehingga perintah darurat di negara tersebut dilonggarkan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang diingini.

Menerusi laporan Tribun News, tidak lama kemudian, muncul pula dakwaan yang mengatakan pasangan ini telah bernikah secara senyap tanpa pengetahuan ramai. Malah, bapa kepada kedua-dua pasangan tersebut juga tidak memberi sebarang respon bagi menjawab segala spekulasi yang sedang menjadi bahan bualan ramai.

Respon pengurus

@waimusal

halalin dulu dong#leslarlovers #lestykejora #leslarlestibillar #lestylovers #lesti_kejora #lestyloversindonesia

? Bawa Aku Ke Penghulu – Lesti

Malah, kedua-dua pengurus kepada pasangan ini juga difahamkan tidak mengetahui mengenai khabar angin tersebut. Mereka turut menafikan terhadap dakwaan yang tular itu.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×