berita

Viral Video: MatLuthfi90 Kembali Dengan Lawak Baru, ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’

October 30th, 2012 | by Ai
Video Popular

Tahukah anda, pengguna Youtube, MatLuthfi90 turut tercalon dalam anugerah ‘Shout Aloud Award’ dibawah kategori ‘Social Media’ untuk Shout Award 2012?

Mempunyai lebih 87 ribu pengikut di laman Youtube dan lebih 15 juta jumlah tontonan untuk kesemua videonya, MatLuthfi90 sememangnya seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan para pengguna Youtube. Pada 24 Oktober yang lepas, Mat Luthfi sekali lagi memuatnaik sebuah video viral yang bertajuk, ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’.

Berdurasi 6.09 minit, video ini menunjukkan tentang situasi-situasi yang berlaku dikalangan masyarakat sebelum berkahwin. Namun, seperti biasa, tak semuanya benar dan Mat Luthfi turut menyelitkan unsur-unsur komedi yang menarik.

Bahagian paling menarik bagi kami ialah cinta Illuminati, bagaimana pula anda? Mari tonton video selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×