berita

Viral Video Minum Peluntur Cegah Covid-19, Doktor Tampil Tepis Kenyataan Mengarut!

December 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan ramai pihak bimbang dengan kewujudan virus Covid-19 yang melanda serata dunia. Tambahan pula, sehingga kini, vaksin bagi virus tersebut masih belum diedarkan dan disuntik kepada orang ramai.

Namun, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info yang tidak masuk akal, dengan mendakwa seseorang itu mampu sembuh daripada penyakit Covid-19 jika air yang diminumnya dicampur dengan cecair peluntur. Wow another level power betul!

Campur dengan air

Menerusi video yang berdurasi satu minit 16 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki, mencampurkan cecair peluntur ke dalam dua cawan air minumnya. Selepas peluntur itu dimasukkan, dia bertindak mengacau air tersebut bagi melarutkan air tersebut. Selepas air itu dikacau, lelaki itu bertindak minum air tersebut dengan sekali teguk. Haish lain macam!

Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang ratusan komen yang mengecam tindakan lelaki itu.

Dikongsi di Whatsapp

Dah muncul kat whatsapp dah. Drinking bleach isn’t a cure for coronavirus. Instead it can be harmful to your body.

Seorang doktor dikenali sebagai Nimaleshberkongsi tangkap layar mesej di Whatsapp, di mana seseorang itu mampu sembuh daripada virus Covid-19 jika minum air yang dicampur dengan peluntur. Menerusi mesej tersebut juga menjelaskan peluntur mampu dijadikan ubat bagi penyakit kronik yang lain seperti kanser.

Namun, doktor tersebut menjelaskan tindakan minum pelutur sama sekali tidak dapat menjadi ubat kepada badan seseorang itu, malahan memudaratkan kesihatan seseorang itu.

Sumber: My News Hub &  Nimalesh

SKIP THIS AD ×