Satu persatu cubaan seperti mahu mencabar kedaulatan negara dilaporkan di laman sosial kebelakangan ini. Sebelum ini insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di beberapa premis, kemudian satu acara sukan menggunakan bendera ‘cacat’ dengan bintang bucu lima sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Satu lagi kejadian membuatkan rakyat Malaysia panas hati apabila membabitkan murid-murid sekolah viral di alam maya.

Nyanyi Negaraku dalam Bahasa Mandarin

https://twitter.com/mesintaipburuk/status/1202802721813712896

Dalam video pendek dengan tempoh 1 minit 23 saat itu, murid-murid dalam satu kelas telah menyanyikan lagu kebangsaan negara, Negaraku dengan irama yang sama, namun menggunakan lirik berbahasa Mandarin. Tidak dapat dipastikan di mana video tersebut diambil namun jika diperhatikan kebanyakan murid yang dirakam berkemungkinan berbangsa Cina.

Menteri Pendidikan keluarkan kenyataan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Menterinya, Dr Maszlee Malik telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Menurutnya, pihak kementerian sudah sedia maklum mengenai penyebaran video berkenaan dan sedang menyiasat secara terperinci berkaitan isu tersebut.

KPM juga menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan cubaan melanggar Perlembagaan Negara Malaysia secara sengaja atau tidak.

Sumber: Mesintaipburuk, Dr Maszlee Malik