berita

Viral Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Perkara Sebenar

May 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam nama Yusuf Azmi menjadi bualan hangat netizen dek kerana tindakan beraninya memukul seorang warga asing. Video ‘pergaduhan’ tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Mengaku jual barang ‘reject’

Berdasarkan video yang viral itu memaparkan Yusuf Azmi yang merupakan pengerusi NGO Semboyan 1 Malaysia bersama Abang Ali dan beberapa pengikutnya telah pergi ke sebuah kedai warga asing yang dipercayai menjual baju cetak rompak jenama NGOnya. Berang dengan tidak ‘bermoral’ lelaki itu, Yusuf Azmi dan individu lain bertindak mengepung mangsa sebelum berlaku pergelutan.

Sementara itu, Yusuf menerusi akaun Facebook miliknya telah membuka mulut menceritakan kejadian sebenar dan apakah sebab yang membuatkan dia bersama rakan-rakannya itu ‘mengamuk’. Yusuf mengakui sejak kebelakangan ini mereka mendapat banyak aduan mengenai scammner yang mengambil kesempatan menjual baju ‘Tshirt Semboyan Jihad’ secara cetak rompak. Bahkan, penjual tidak bertanggungjawab ini telah menawarkan harga yang jauh lebih murah dengan kualiti baju yang sangat tidak memuaskan.

Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai. Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.

Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi. Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan Malaysia.

Umpan, tipu pembeli

Jelas Yusuf lagi, dia tidak mahu merosakkan namanya sendiri dan memberikan imej buruk kepada jenama Semboyan angkara tindakan tidak bertanggungjawab orang ketiga.

Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu. Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan mengamuk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.

Dalam kesempatan itu, Yusuf Azmi memohon maaf kepada semua pihak atas tindakannya itu selain berharap agar perkara ini boleh dijadikan tauladan buat semua.

Yusuf Azmi dah beri kerjasama dengan polis

Susulan daripada video yang viral itu, Harian Metro melaporkan, pihak polis iaitu pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan Yusuf Azmi dan beberapa individu lain yang terlibat. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, sekumpulan lelaki tersebut didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Jelasnya, kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh)dan bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Difahamkan, Yusuf Azmi telah pun pergi ke balai polis untuk memberi kerjasama berhubung kes ini.

Video

Sumber: Yusuf Azmi, Harian Metro, Nan Manjoi8715

SKIP THIS AD ×