berita

Viral Video Staf Hospital Terlanggar Tembok Batu Jalan, Ketua Polis Kuala Muda Tampil Jawab Spekulasi

January 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, viral sebuah video memaparkan beberapa buah tembok batu yang diletakkan oleh penguatkuasa telah pecah dilanggar seorang pegawai perubatan hospital. Tujuan penghalang batu tersebut diletakkan adalah sebagai amaran rentas sempadan atau daerah. Malangnya, didakwa kawasan kemalangan itu tidak diletakkan sebarang papan tanda atau lampu sehingga menyebabkan orang ramai tidak nampak dan terlanggar tembok berkenaan.

Didakwa tiada papan tanda dan lampu

Dipercayai insiden tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah melibatkan seorang Pegawai Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim tercedera di bahagian lutut selepas melanggar penghalang batu yang diletakkan di atas jalan itu.

Kejadian berlaku pada 6.30 pagi di Jambatan Kuala Lesong itu kelihatan sangat gelap dan didakwa penduduk pihak berkuasa tidak meletakkan sebarang papan tanda atau lampu jalan. Perkara ini menyukarkan pengguna jalan raya dan mampu mengundang kemalangan kerana mereka tidak mampu melihat sebarang objek keras di atas jalan.

Tembok batu dilanggar staf hospital

Lebih menyedihkan lagi apabila motosikal yang dinaiki staf hospital tersebut kelihatan hancur di bahagian hadapan. Malah, mangsa juga tercedera di bahagian lutut sebelah kanan.

Kita tengok sekarang ni, depa bubuh kon tapi depa tak bubuh lampu. Penunggang motosikal dah langgaq dah. Pagi-pagi awal lagi, dengan lampu depa tak bubuh kiri kanan. Haaa ni depa punya buat kerja gila, lepas tangan.

Mangsa tidak sempat tekan brek

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda iaitu Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan berhubung video yang tular itu melibatkan seorang pekerja hospital terlanggar tembok batu.

Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan itu sehingga mengalami kecederaan parah impak pelanggaran kuat. Polis mendapati terdapat papan tanda ‘Awas’ dan papan tanda pemakluman ‘Jalan Ditutup’ di jalan dari arah Baling iaitu lebih kurang satu kilometer sebelum jalan yang ditutup itu.

Susulan insiden itu, mangsa mengakui kesalahan dan kelalaian yang berpunca daripada dirinya sendiri. Sepatutnya dia perlu melalui jalan yang dibuka untuk penunggang motosikal yang sudah disediakan.

Siasatan mendapati mangsa telah melepasi jalan yang ditutup di kepala jambatan yang hanya dibuka untuk penunggang motosikal. Dia juga mengakui nampak halangan kedua di hujung jambatan yang hanya dibuka untuk laluan motosikal. Malah, mangsa mengaku telah lalai yang menyebabkan terlanggar pengadang simen tersebut.

Sumber: Tsgxy_, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×