Baru-baru ini, video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai penuntut di sebuah universiti menampar bekas teman wanitanya ternyata meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tak Jumpa Surat Dalam Beg, Budak 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dengan Ustazah
Universiti serah pada pihak berkuasa
Memetik laporan Sinar Harian, Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi universiti berkenaan menjelaskan bahawa hasil siasatan awal daripada polis bantuan universiti tersebut mendapati penuntut berkenaan mempunyai masalah peribadi yang menjadi punca berlakunya perbalahan.
Sebelum ini, polis bantuan telah diarahkan untuk mengambil keterangan kedua-dua pelajar yang menuntut di universiti yang sama dan mereka sudah pun memberi keterangan bagi siasatan.
Sementara itu, pihak universiti juga menegaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa memastikan kesejahteraan dan keselamatan warga kampus menjadi keutamaan.
Terdahulu, tularnya video memaparkan seorang lelaki yang menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta sebanyak dua kali.
Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan pemuda tersebut.
Sumber: Sinar Harian