berita

Viral Video Wanita Ditendang & Dilibas Guna Selipar, Polis Mohon Kerjasama Orang Awam Beri Maklumat

October 31st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di media sosial, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Pukul guna selipar

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, remaja lelaki tersebut dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding. Lelaki itu kemudian bertindak menyerang mangsa lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka mangsa dengan selipar berkali-kali.

Mangsa hanya dilihat menangis kerana tidak menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding. Dalam kejadian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas. Malah netizen, turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana hanya ketawa melihat tindakan lelaki itu.

Menerusi laporan Harian Metro,Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video viral berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

Sumber: Harian Metro
The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×