Di Mansehra, Pakistan, tular seorang warga emas yang berusia 110 tahun telah menikahi seorang wanita yang berusia 55 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla
Diadakan di masjid
Menerusi laporan Daily Pakistan, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Abdul Hanan Swati telah mendirikan rumah tangganya sebanyak tiga kali dan ini adalah perkahwinannya yang keempat.
Dikatakan, anak sulung Abdul Hanan sudah berusia 70 tahun dan memiliki 84 ahli keluarga termasuk cucu cicitnya.
Majlis pernikahan itu telah berlangsung di sebuah masjid yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan, dengan mas kahwin yang ditetapkan sebanyak Rs5,000 (RM78).
Video
View this post on Instagram
Sumber: Daily Pakistan, Ary News