berita

Vokalis Kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan Mati Mengejut Di London

January 16th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru sahaja reda isu kematian mengejut penyanyi kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun, kabar duka kembali menyelubungi dunia musik antarabangsa apabila vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan disahkan meninggal dunia juga dengan cara mengejut pada Isnin.

Berita kematian O’Riordan ini telah disahkan sendiri oleh juru cakap kumpulan tersebut, Lindsay Holmes. Dolores dikhabarkan telah mati mengejut ketika berada di sebuah hotel di London. Namun, punca kematiannya masih belum diketahui.

Mati mengejut di sebuah hotel


Lindsay memberitahu, polis tempatan telah menjumpai O’Riordan dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah hotel Park Lane. Namun, perkara tersebut hanya diketahui pada pukul 9.05 malam waktu tempatan.

Penyanyi antarabangsa Ireland, Doleres O’Riordan telah meninggal dunia secara mengejut di London hari ini. Anggota keluarga turut berduka cita.

Penyanyi utama band Ireland The Cranberries berada di London untuk proses rekaman singkat. Tidak ada keterangan lanjut untuk saat ini.

Durasi konsert jelajah itu terpaksa dipendekkan kerana O’Riordan mengalami sakit tulang belakang.

Peminat seluruh dunia berduka cita

Kematian O’Riordan telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat setia The Cranberries di serata dunia. Antara lagu kumpulan ini yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams. Dalam pada itu, selebriti-selebriti antarabangsa turut berkongsi rasa simpati atas pemergian O’Riorden di media sosial antaranya ialah pengacara terkenal James Corden.

Sumber: The Cranberries, Astro Awani, Nerdist