berita

Vokalis Lagu ‘Aishiteru’ Dihukum Penjara 18 Tahun Edar Dadah, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Saat Berpisah

February 11th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Vokalis band terkenal Zivilia, Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zul ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu serta mengedar bahan terlarang berkenaan.

Dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Ketika serbuan yang dibuat pihak polis, Zul bersama tiga lagi rakannya ditahan bersama bahan terlarang seberat 9.5 kilogram serta 24 ribu biji pil ecstacy.

Pada bulan Mac 2019 Zul ditangkap oleh polis sebab terlibat dengan dadah dan memiliki kuantiti dadah yang banyak.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah memutuskan pelantun lagu Aishiteru itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Setelah mendengar keputusan yang dibuat oleh hakim, isterinya, Retno Paradinah tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu terduduk di tepi jeriji besi kerana suami tercinta terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara.

Hakim memutuskan Zul dipenjara seumur hidup. Mendengar hal tersebut si isteri menangis histeria.

Pihak mahkamah meringankan hukuman

Namun, setelah beberapa perbicaraan dijalankan, pihak mahkamah meringankan hukumannya dan memutuskan Zul dikenakan penjara selama 18 tahun sahaja. Manakala tiga lagi rakannya itu dijatuhkan hukum penjara selama 20 tahun dan seumur hidup.

Sebenarnya makkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup tapi dikurangkan jadi 18 tahun. Kawan dia yang lain ada yang 20 tahun dan kawan yang dia baru kenal tu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Dalam pada itu, Retno memohon agar orang ramai mendoakan suaminya sentiasa berada dalam keadaan sihat serta pulang ke pangkuan keluarga dan anak-anak dengan cepat. Kumpulan Zivilia sebelum ini terkenal dengan lagu Aishiteru.

Video penuh

@retnoparadinahmua ga bisa bikin story in my live breng suami sedih juga ?#fyp #zivilia #zulzivilia ? suara asli – rafaaldiansyah

@retnoparadinahmua Balas @karamina_25 ? Makan Hati – Zivilia

Sumber : Merdeka, retnoparadinahmua

SKIP THIS AD ×