berita

‘Wabak Ini Tak Memilih Bangsa & Agama’ – Menteri Sarawak Minta Henti Salahkan Kluster RHB

April 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial seorang individu dituduh menyebabkan kematian lima sekeluarga apabila tidak kuarantin diri sebaik pulang dari Itali. Hal ini menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-rata berpendapat agar kes positif 1580 tersebut diambil tindakan.

Terbaru, menerusi Bernama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta rakyat Sarawak tidak membuat tuduhan melulu terhadap pesakit kes 1580 tersebut atau pun dikenal pasti sebagai Kluster RHB di negeri itu.

Semua orang tidak mahu dijangkiti wabak ini

Ekoran daripada dakwaan yang menyatakan individu tersebut punca wabak ini berlaku, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta agar orang ramai henti menyalahkan mana-mana pihak.

Ingin saya nyatakan di sini, wabak ini tidak memilih bangsa dan tidak memilih agama, apa yang telah berlaku adalah satu perkara yang tidak diingini dan semua orang tidak mahu dijangkiti wabak ini

Tidaklah perlu untuk kita menguar-uarkan bahawa kematian atau wabak itu berlaku ekoran daripada seseorang atau daripada bangsa mana dan menyebabkan perasaan yang kurang enak.

Menurutnya, wabak ini tidak mengenal sesiapa dan diharap orang ramai tidak menghebohkan punca penyebaran wabak Covid-19 adalah disebabkan seseorang.

Tidak buat tuduhan melulu

Tambah beliau lagi, tidak akan ada orang yang akan pergi bekerja mahupun bertemu orang lain sekiranya mengetahui lebih awal mereka telah dijangkiti wabak itu.

Jadi harapan saya kepada rakyat Sarawak untuk tidak membuat tuduhan melulu kerana tiada siapa pun mahu dijangkiti dengan pandemik ini.

Terdahulu, orang ramai menuding jari terhadap kluster RHB itu selepas dia enggan dikuarantin sehingga menyebabkan satu keluarga meninggal dunia.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×