Gara-gara suka mengusik orang yang suka melatah, pelakon, Wafariena berdepan masalah yang sama sejak usianya 18 tahun.

Suka menyakat orang kampung

Dulu suka mengusik atau menyakat orang-orang di kampung terutama kalau ada majlis kahwin. Lama-kelamaan, saya pun berjangkit tabiat ini sampai fobia jika melatah semasa memegang objek tajam, takut tertikam orang lain. Kadang-kadang, tengah memandu kereta seorang diri pun boleh melatah, takut juga hilang kawalan hingga terbabas.

Wafariena memberi nasihat kepada semua individu agar berhati-hati apabila bergurau dengan individu yang mempunyai tabiat melatah sepertinya. Ini kerana, mereka boleh melakukan apa sahaja di luar kawalan.

Saya risau jika tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ini memang tiada ubat dan ia (melatah) bukan dibuat-buat.

Video melatah

Terdahulu, gelagat Wafa­riena memotong daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha dan memegang pisau dalam keadaan melatah mencuri perhatian warganet. Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Wafariena. Menurut netizen, orang yang suka melatah ini sangat sukar untuk diramalkan apa tindakan mereka.

Sumber: Kosmo & Wafariena