Penyanyi Mark Adam dilihat memberi nasihat kepada kanak-kanak agar tidak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Mark Adam Meninggal Dunia Selepas Berbuka Puasa
Artikel Berkaitan: Mark Adam ‘Throwback’ Foto Lama, Belikan Ibu TV Guna Duit Menang Pertandingan Nyanyian
Jangan tiru ya!
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Mark Adam memberi nasihat tersebut agar generasi muda tidak melakukan perkara yang tidak baik dan terjerumus dalam kancah dosa.
Ujar Mark lagi, setiap individu perlu buat kerja dengan cara yang betul dan ikhlas agar terkenal dengan perkara yang positif bukannya negatif.
Wahai budak-budak kecil di luar sana, apa yang korang nampak di media sosial sekarang ni jangan tiru ya. Banyak yang tak elok sekarang ni, nanti kalau impian korang nak ada kawan ramai atau nak jadi orang yang terkenal buat saja dengan cara yang betul, ikhlas dan usaha janji korang tak buat dosa dan jangan buat benda yang buruk.
Kalau korang keliru dengan apa yang korang nampak dekat media sosial sekarang ni tanya je ayah atau ibu okay? Assalamualaikum.
Sumber: Mark Adam