berita

Wahh Ada Menu K-Cheese Crunch Baharu Dekat KFC! Korang Dah Try Ke? Nampak Sedap Weh!

June 9th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Mana peminat k-drama tu, tolong munculkan diri korang! Ha…selalunya kalau tengah layan k-drama atau tengok mukbang ke kan, mesti korang rasa terliur tengok makanan yang mereka makan kan? Semua nampak menyelerakan betul. Lagi-lagi kalau tengah lapar tu, rasa macam nak pergi beli terus je!

Korang tau tak, KFC ada perkenalkan menu baharu mereka iaitu Ayam K-Cheese Crunch. Jom min kongsi dengan korang apa yang menarik tentang menu ini!

Diinspirasikan daripada menu Korea yang pedas & hangat!

Bila cakap pasal makanan Korea ni, tak sah lah kalau tak ada rasa pedas-pedas kan? Sama lah macam Ayam K-Cheese Crunch terbaharu ni.

Kalau korang nak tahu, menu ini diinspirasikan daripada makanan Korea tau tapi mestilah memenuhi citarasa lokal korang kan! 

Ayam goreng yang rangup, disaluti Sos Pedas Korea & limpahan Sos Keju, memang wow!

Yang menarik nya tentang ayam ini, ia telah digoreng rangup dan disaluti dengan kepedasan sos dari sos pedas korea! Ditambah pula dengan limpahan sos keju yang betul-betul leleh tu, ia menghasilkan rasa pedas yang hangat dan lazat. Pehhh memang ngam wehhh!

Jadi, sambil-sambil korang layan K-drama tu, boleh lah makan Ayam K-Cheese Crunch ni sekali, barulah rasa vibes dia tu kan!

Ada 3 jenis kombo yang korang boleh pilih!

Bukan tu saja, ada 3 jenis kombo yang syok untuk korang layan tau! Kalau nak makan dengan burger pun tak ada masalah, ada je kombo yang memang onz! Antaranya:

Kombo 3 ketul:

  • 3 Ketul K-Cheese Crunch
  • 1 Coleslaw (4oz)
  • 1 Whipped Potato (4oz)
  • 1 Minuman Berkarbonat (M)

Kombo 2 ketul:

  • 2 Ketul K-Cheese Crunch
  • 1 Coleslaw (4oz)
  • 1 Whipped Potato (4oz)
  • 1 Minuman Berkarbonat (M)

Box Meal:

  • 1 Ketul K-Cheese Crunch
  • 1 Zinger Burger
  • 1 Coleslaw (4oz)
  • 1 Crispier Fries (M)
  • 1 Minuman Berkarbonat (M)

Tak kisah lah makan seorang, berdua atau ramai-ramai, boleh je pilih mana-mana kombo yang korang nak mengikut cita rasa dan kuantiti yang sesuai untuk korang nikmati tau!

Dah tak sabar nak cuba? Jadi, jom cepat dapatkan ayam goreng K-Cheese Crunch harini juga!

Korang tunggu apa lagi tu, jom serbu KFC berhampiran korang kemudian imbas dan pesan K-Cheese Crunch korang sekarang juga! Buat yang tak dapat nak walk-in sendiri tu, boleh je pesan delivery melalui aplikasi KFC.

Tapi, kalau korang lebih selesa nak makan di rumah atau dimana-mana tepat yang korang berada, boleh self collect juga, tak ada masalah! Yang penting korang semua dapat nikmati dan rasa menu baharu yang lazat dari KFC ni, selamat membeli guys!

SKIP THIS AD ×