berita

Wajah Dibanding Dengan Kavita Sidhu Sampai Trending Di Twitter, Ini Respon Norlia Ghani

January 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam kecoh di media sosial mengenai ciapan dari seorang pengguna Twitter ini yang sangat mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh pelakon cantik, Kavita Sidhu. Tetapi apa yang menjadi bualan hangat netizen apabila individu ini telah membuat perbandingan diantara Kavita Sidhu dengan seorang pelakon veteran yang cukup dikenali iaitu Norlia Ghani.

Bandingkan dengan Kavita Sidhu

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini memuji kecantikan Kavita Sidhu meskipun usia pelakon itu sudah mencecah 49 tahun. Tetapi raut wajah dan tubuh badan yang dimiliki oleh Kavitha seakan ‘orang muda’ dan langsung tidak di mamah usia.

Walaupun begitu, perkongsian tersebut telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas wanita ini ‘memetik’ nama Norlia Ghani dan membandingkan wajah Kavita dan Norlia. Tindakan ini dilihat seakan mempersendakan pelakon veteran tersebut. Malah, nama Norlia Ghani juga telah trending di Twitter.

Respon anak saudara Norlia

Susulan daripada itu, seorang pengguna individu yang dikenali dengan nama Januar Haikal telah tampil memperkenalkan diri sebagai anak saudara kepada Norlia Ghani. Menurut Januar, ibu saudaranya itu telah bekerja keras sepanjang usianya dan individu ini mengakui tidak sangka terjadinya perbandingan seperti ini dimana ianya secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa sedih.

Dalam kesempatan itu, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar ibu saudaranya itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

‘Tak jadi kudis pun’

Memetik laporand daripada Berita Harian, Norlia Ghani memaklumkan dia langsung tidak ambil hati dengan perkongsian yang viral itu.

Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior.

Tambahnya lagi, masih banyak perkara penting yang perlu difikirkan lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Sumber: Twitter, Januar Haikal, Berita Harian

SKIP THIS AD ×