Tidak dinafikan, wajah putih gebu Fathia Latiff sememangnya menjadi idaman para gadis. Buat si jejaka pula, semuanya nak dapat kekasih hati secantik Fathia.
Namun, agak terkejut juga kami apabila sebuah blog tempatan mengatakan bahawa wajah Fathia melecur teruk akibat suntikan botox. Eh, betul ke?
Fathia Menyesal Buat Botox?
Hanya Watak Dalam Cerekarama TV3
Kalau anda nak tahu, sebenarnya foto tersebut telah dimuat naik oleh Fathia pada 17 Januari yang lalu. Wajahnya telah di make up menjadi hodoh untuk menjayakan sebuah cerekarama di TV3.
So, lepas ni jangan pula ada yang percaya bahawa Fathia buat botox sampai melecur muka pula! Fathia memang lawa original kot.