berita

Wajah Kekal Berseri Seri Dengan Flavettes Effervescent Glamz

May 21st, 2021 | by Wan
Shout Out!

Duopharma Biotech Berhad, syarikat peneraju farmaseutikal dan penjagaan kesihatan di dunia melancarkan produk terbaru Flavettes Effervescent Glamz, produk Vitamin C di bawah perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna (CHC) selepas kejayaan produk Flavettes Effervescent Glow.

Lebih glamz!

Duopharma Biotech Bhd mengembangkan rangkaian produk Vitamin C keluarannya dalam pasaran selepas menerima permintaan yang meningkat berikutan tahap kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin tinggi.

Hadir dengan tema ‘Be Seri-Seri Inside Out’, penyanyi popular, Wany Hasrita dan personaliti media sosial, Nisa Anisa yang diangkat sebagai duta produk ini bakal berkongsi kebaikan Flavettes Effervescent Glow dan Glamz. Flavettes Effervescent Glamz dicipta khas dengan nutrien yang mencukupi penting untuk kulit yang sihat dan cerah. Ia juga membantu mencegah kerosakan sel dan proses penuaan. Sebagai perintis pengeluar ubat halal, pasukan CHC Duopharma Biotech sehingga kini mempunyai 5 produk halal di pasaran.

Jangan lupa sertai pertanding ‘Flavettes Be Seri Seri Inside Out’ yang sedang berlangsung sehingga 2 Jun untuk merebut hadiah wang tunai serta hadiah istimewa seutas rantai Habib Jewels. Maklumat lanjut tentang pertandingan boleh disemak di sini. 

SKIP THIS AD ×