Pelakon, Balkisyh Semundur Khan antara selebriti yang ada di tempat kejadiaan ketika Kamal Adli diserang dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Berikutan daripada itu, Balkisyh tampil menceritakan detik cemas yang berlaku pada waktu tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Thank You Abang Aaron, Dia None Stop Call Semalam & Pastikan Kami Selamat’
Artikel berkaitan: ‘Salam Uqasha, Kalau Free Call Abang Ye’ – Aaron Aziz Nafi Tunjuk Pandai, Cuma Mahu Amankan Keadaan
Artikel berkaitan: ‘Ni Cota Besi Yang Penjenayah Pakai Libas Ke Kamal Adli’
Tarik ke tepi
Saya ceritakan sedikit apa yang berlaku. Booth saya dengan booth Qasya tak jauh. Waktu tu saya dengan pekerja dan anak-anak saya nak kemas booth. Tiba-tiba nampak orang bergaduh dan bergelut. Saya nampak orang itu lari ke arah booth saya dan masa yang sama saya nampak Uqasha lari kejar orang itu.
Orang itu terlanggar booth dan jatuh depan saya. Saya dengar orang jerit Kamal kena pukul. Saya ingat Kamal yang jatuh depan saya. Tapi bukan.
Menurut Balkisyh, dia sempat melihat muka orang yang pukul Kamal pada waktu itu. Ujar Balkisyh, muka suspek kelihatan ganas dan menakutkan. Tambah Balkisyh, Uqasha dan pembantu peribadi dia sempat bertanya kepada suspek kenapa memukul Kamal.
Saya dengar Uqasha cakap kenapa pukul suami aku dan dia nak lepaskan geram dekat orang tu. Uqasha masa tu pun kejar sebab tak perasan Kamal dah jatuh depan booth sendiri selepas kena pukul. Saya tarik dan jerit dekat Uqasha supaya dia tak dekat dengan orang itu.
Bercerita lebih lanjut, Balkisyh berkata dia sempat menarik tangan Uqasha dan berpesan jangan mendekati suspek. Jelas Balkisyh, dia tidak mahu apa-apa berlaku terhadap Uqasha pula sekiranya suspek menyimpan senjata tajam.
Masa itu suspek bergelut dengan orang ramai. Kejadian berlaku amat pantas. Saya jadi panik masa itu dan saya jerit kuat-kuat minta orang ramai telefon polis. Syukur Alhamdulilah orang itu berjaya ditangkap dengan bantuan org ramai.
Jujur saya pun rasa trauma sebab masa tu dekat booth anak-anak saya ada sekali. Benda jadi depan booth saya. Memang bahaya sangat.
Di akhir posting, Balkisyh berdoa agar Kamal segera sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Sumber: Balkisyh