Pelakon Zarif Ghazzi menyorot perhatian apabila wajahnya dikatakan mempunyai iras dengan anggota kumpulan popular Korea Selatan, BTS iaitu Jeon Jungkook.

Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Akan Pakai Rantai Untuk Nampak ‘Style’ & ‘Fashionable’, Tahu Hukum Haram

Artikel Berkaitan: Penceroboh Rumah Jungkook BTS Dibawa Ke Pendakwaan

Jungkook BTS

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik gambar Jungkook dan Zarif yang memperlihatkan ekspresi mereka ketika sedang ketawa.

Menurut individu berkenaan, wajah Zarif mengingatkannya kepada Jungkook selain menyifatkan kedua-dua selebriti berkenaan mempunyai persamaan pada raut wajah.

Dah kenapa macam muka Jungkook pula bila Zarif gelak.

Betul lah orang kata kita ada tujuh kembar dalam dunia.

Menerusi hantaran sama, rata-rata netizen turut teruja melihat persamaan raut wajah mereka selain ramai yang bersetuju dengan pandangan tersebut.

Muka sama

Sumber: Threads