berita

Wajib Pakai ‘Face Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1000

July 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menerusi satu sidang media khas Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa orang ramai diwajibkan untuk memakai pelitup muka di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Wajib pakai pelitup muka

Selama ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaannya (pelitup muka) kerana akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah.

Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan.

Sebab itu kerajaan benarkan untuk menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang WHO keluarkan.

Menurutnya, bagi yang kurang berkemampuan, kerajaan membenarkan orang ramai menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Boleh didenda RM1000

Tambahnya lagi, sesiapa yang ingkar dengan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 di bawah Akta 242 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×