berita

Wak Doyok & Myo Oh Chentaku Bersatu Dalam KKKK

September 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Wak Doyok & Myo

Bermula 12 Januari 2014, pihak TV9 bakal menyiarkan sebuah program game show terbaru yang dikenali sebagai Ke Korea Ke Kita (KKKK). 

Program yang bakal memulakan sesi penggambarannya hari ini di Korea Selatan akan turut menampilkan fashionista terkenal, Wak Doyok dan Myo dari band Oh Chentaku sebagai pengacara utama program tersebut.

Secara umumnya, KKKK merupakan program realiti pertama yang memilih konsep travel game show dan ianya bakal mendapat sokongan daripada pusat pelancongan Korea dan dalam masa yang sama, program ini turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan negara tesebut di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, program terbaru tayangan TV9 ini akan turut menampilkan sedikit kelainan apabila menggabungkan dua individu yang berbeza latar belakang dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain secara dekat.

Bagi yang tidak tahu, Wak Doyok dikenali sebagai fashionista Malaysia dan juga perunding fesyen, manakala Myo pula merupakan seorang Rockstar dari band Oh Chentaku yang makin dikenali menerusi program realiti TV, Versus 2.

Menerusi program ini dapatkah mereka mencari keserasian dalam mengendalikan program tersebut dan dapatkah mereka mengharungi 25 hari misi di Korea? Selain itu, apakah permainan yang akan menguji minda mereka sepanjang proses menjelajah tersebut?

Jika ingin tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan rancangan Ke Korea Ke Kita (KKKK) bermula pertengahan Januari tahun hadapan hanya di TV9.

SKIP THIS AD ×