berita

‘Waktu Kahwin Hingga Cerai, Saya Masih Hanyut Tapi..’ – Abby Abadi Kongsi Tips Didik Anak

October 29th, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Walaupun berpisah, itu tidak menjadi halangan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim untuk mendidik anak menjadi insan yang tinggi akhlaknya. Anak sulung mereka, Mohamad Danish baru-baru ini mendapat peluang menyambung pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Anak kedua, Marissa Dania turut mendapat perhatian dengan imej bertudung litup dan sopan santun.

Kagum dengan cara didikan keluarga ini, ramai yang bertanyakan tips mendidik anak mengenal agama. Ini jawapan Abby Abadi.

Tips didik anak dengan Al-Quran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Anak-anak bertuah Mama
@danishhakimofficial
@marissadaniaaaaa_
@m_danishaa .

Ramai sangat yang tanya macam mana saya mula didik anak-anak dengan ALQURAN. Bila mula? Umur berapa? Macam mana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan.

Sy dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah macam mana nak kongsi lagi hehe. Tapi malam ni saya terjumpa gambar ni. Jadi saya share la serba sedikit ye.

Panggil ustaz mengaji

Bila nak cerita pasal anak-anak ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dengan Paknya. Harap baca dan ambil yang baik-baik saja ye. Jangan menambah bara hehe

Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dengan pak anak-anak ni, saya masih hanyut tapi masa depan anak-anak adalah antara perkara yang palinggggg saya risaukan.

Dan setelah bercerai… walaupun saya masih di lautan dalam saya nampak hanya ISLAM yang dapat menyelamatkan masa depan mereka. Dan inilah antara perjalanannya. Dari seawal usia 2/4/6 tahun saya dah panggil ustaz ajar anak-anak mengaji di rumah supaya anak-anak ni celik ALQURAN. Dan Alhamdullillah anak-anak mudah dilentur dan dibentuk sebab masih kecilkan waktu ni.

Hantar asrama, tahfiz

Selalu juga saya sembang dengan anak-anak bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad ya Rasullullah, siapa Nabi Muhammad. Tentang kenapa kita diciptakan. Bagitahu kenapa mesti solat, kenapa kena hafal ALQURAN, apa ganjarannya. Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauhhhh dari sempurna dan jauh lagi perjalanan mereka. Saya nak mereka betul faham ISLAM dan jadi hamba ALLAH yang benar-benar beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya.

Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sebab saya ibu tunggul waktu tu hehe.. Masih berjimba ria, jadi saya taknak anak-anak saya terabai sebab saya tahu saya tak boleh mengajar sendiri mereka. Menangis-menangis pun saya hantar juga. Saya tekad nak anak-anak saya hafal ALQURAN dan jadi orang yang berpedoman. Dan waktu tu saya nampak “Tahfiz” adalah yang terbaik. Bukan mudah tapi alhamdullillah saya berjaya melalui fasa pertama untuk didik anak celik ALQURAN dan beramal dengannya. Syukur ya ALLAH.

Sumber : Abby Abadi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×