
Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan.
Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian.
Mekdi angkat realiti kehidupan Gen Z menerusi podcast

McDonald’s Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Mekdi tampil dengan pendekatan segar apabila menjalin kerjasama strategik bersama TV3 menerusi penerbitan drama TikTok berunsur podcast dengan tajuk FYP Macam VIP.
Drama ini mengetengahkan realiti bekerja serta peluang membina karier bersama jenama itu.
Menariknya, drama ini bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi medium untuk Mekdi mendekati golongan Generasi Z (Gen Z) yang aktif di media sosial, khususnya TikTok.
Menampilkan empat pelakon yang sinonim dengan Gen Z
Pemilihan barisan pelakon FYP Macam VIP juga tidak kurang hebatnya!
Pelakon seperti Rykarl Iskandar, Zaki Yamani, Mia Sara Nasuha dan Serra Kamal juga dibuat kerana mereka sendiri berada dalam lingkungan generasi terbabit.
FYP Macam VIP merupakan siri TikTok yang mengangkat kisah ‘adulting’ melalui persahabatan, pengalaman harian dan pencarian makna dalam alam pekerjaan, disampaikan secara santai tetapi penuh pemerhatian.
Gabungan podcast dan sitkom
Menariknya, FYP Macam VIP menggabungkan elemen podcast dan sitkom dalam format segar, mengikuti perbualan empat sahabat lama yang sedang menempuh fasa peralihan ke alam dewasa.
Setiap episod mengupas isu-isu kecil kehidupan seharian yang dekat dengan realiti Gen Z.
Empat watak utama ialah Alif (Rykarl), seorang pekerja McDonald’s yang mesra dan suka membantu, Faris (Zaki) yang serius serta gemar menunjuk kepandaian mengendalikan podcast, Alia (Mia Sara) yang matang dan berpendidikan manakala serta Farah (Serra) yang kekok dalam pergaulan dan sangat terikat dengan dunia digital.
Menariknya, latar pekerjaan Alif di McDonald’s dimasukkan secara semula jadi dalam jalan cerita memperlihatkan bahawa cabaran hidup tidak bercanggah dengan komitmen kerja.

Walaupun berdepan pelbagai situasi, kerjaya di Mekdi digambarkan menyediakan sokongan, kemudahan, fleksibiliti serta peluang perkembangan yang menjadi sebahagian penting dalam perjalanan membina masa depan.
Pendek kata, FYP Macam VIP bukan sekadar drama TikTok tetapi cerminan realiti Gen Z yang sedang belajar tentang kerja, persahabatan dan kehidupan.
Semuanya dalam gaya yang santai dan ‘on point’ dengan dunia hari ini.
Kalau korang dah lama curious dengan realiti kehidupan Gen Z, drama ini memang wajib korang tengok!
FYP Macam VIP yang akan ditayangkan secara eksklusif di Instagram dan TikTok @dramasangat setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)