berita

‘Waktu Paling Sukar Sewaktu Ulang Tahun Kelahiran Saya’ – Sharnaaz Ahmad Redha Jika Berpisah Jalan Terbaik

August 31st, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kemelut rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya terjawab apabila Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian di mahkamah. Buat masa ini, Nabila menyerahkan segala-gala kepada mahkamah.

Sharnaaz menerusi Harian Metro redha sekiranya perpisahan adalah jalan yang terbaik buat mereka. Apa yang penting fokus mereka adalah kepada anak, Jebat Jayden Ahmad.

Percaya ada hikmah disebalik

Menurut pelakon ini, dia akur dengan keputusan yang dibuat isteri dan redha sekiranya penceraian adalah jalan yang terbaik buat mereka.

 Saya okey dan percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Apa yang penting sekarang, fokus kami terhadap anak, Jebat Jayden.

Memandangkan dia sudah failkan perceraian, jadi nak cakap apa lagi. Saya ikut saja. Apa yang pasti, saya takkan bercakap buruk mengenai perkara ini. Lagipun, Nabila adalah ibu kepada anak kami.

Walaupun saya bukan jenis yang berkongsi mengenai kisah peribadi, tapi saya akur dan perlu bersikap matang kerana ia sudah di bawah ke peringkat mahkamah.

Katanya lagi, ujian berat yang menimpanya ini akan sentiasa diingati tambahan lagi ianya berlaku sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-34 semalam.

Waktu paling sukar, pada hari jadi

Sharnaaz bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik sentiasa ada dan yakin dirinya dapat menguruskan masalah dengan baik. Pelakon Juvana ini berkata lagi dia cukup matang untuk berdepan situasi begini.

Di tahun-tahun mendatang, saya akan sentiasa ingatkan diri apa yang pernah saya lakukan, pada waktu paling sukar dalam hidup iaitu sewaktu ulang tahun kelahiran saya.

Saya terima dugaan ini. Saya lelaki dan sentiasa tidak gentar menerima risiko dalam hidup.

Ibu bapa dan adik-beradik tidak pernah masuk campur dalam hal rumah tangga saya. Mereka yakin bahawa saya boleh menguruskannya dengan baik.

Namun katanya, keluarga sentiasa memberi sokongan moral dan kata-kata semangat tanpa membiarkannya sendiri.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×