berita

Walau Berlainan Bangsa, Nenek 102 Tahun Layan Lelaki Ini Lebih Dari Cucu Kandung

January 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mencetuskan isu, hubungan baik rakyat berlainan bangsa tetap utuh.

Seperti kisah yang diceritakan melalui laman Sin Chew Daily ini, hubungan baik nenek tua bernama Lin Li yang berusia 102 tahun bersama ketua kampung berbangsa Melayu menyentuh hati orang ramai. Apa yang menariknya, hubungan akrab ini sudah terjalin lebih dari 45 tahun.

Sambut Tahun Baru Cina bersama

Lelaki yang merupakan ketua kampung yang membesar di Pontian Johor bersama nenek itu mempunyai hubungan yang akrab. Walaupun berlainan bangsa, hubungan mereka berdua terjalin dengan baik sehinggakan setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, mereka akan sama sama raikan di rumah nenek tersebut. Tradisi bangsa Cina turut disemai ketika perayaan seperti membawa saudara mara datang ke rumah dan saling bertukar hadiah.

Nenek layan bagaikan cucu kandung

Mereka layan saya bagaikan cucu mereka. Nenek kebiasaannya akan berjalan lebih kurang 500 meter dan memberi makanan ke rumah saya. Dia turut akan mengajak saya dan keluarga untuk makan bersamanya di rumah.

Hubungan mereka terjalin sejak 45 tahun dahulu semasa lelaki itu masih kecil. Nenek tersebut tinggal berdekatan dengan keluarga lelaki berkenaan. Walaupun tiada pertalian darah, nenek Lin Li akan melayan dia bagaikan cucu kandung.

Terhutang budi dengan keluarga nenek

Walaupun suami kepada nenek Lin Li agak tegas bersama saudara maranya, ketua kampung berkenaan berkata suami kepada nenek tersebut tetap melayan baik dirinya dan pernah menghantarnya ke sekolah menaiki motosikal. Semenjak kematian suaminya, ketua kampung berkenaan yang bertanggungjawab menjaga nenek Lin Li kerana dia seperti terhutang budi dengan keluarga nenek tersebut.

Sumber: Sin Chiew Daily

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!