berita

‘Walau Matanya Kabur & Tak Nampak Jelas, Dia Tetap…’ – Fakhrul UNIC Ziarah Nazrul Rabbani

March 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seminggu yang lalu, anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dimasukkan ke Hospital Selayang selepas suhu badannya meningkat naik ketika rawatan dialisis. Nazrul difahamkan sudah tiga tahun tidak dapat melakukan persembahan bersama Rabbani kerana masalah buah pinggang yang dihadapinya.

Terbaru, penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi memuat naik satu posting di Instagram mengenai perkembangan terkini kesihatan rakannya itu.

Masih kenal suara saya

https://www.instagram.com/p/B9QIc5cBTTn/

Menurut Fakhrul, meskipun penglihatan rakannya itu agak kabur, Nazrul masih mampu untuk mengenali suaranya. Tambahnya, sudah seminggu rakannya itu terlantar di hospital tersebut. Melalui posting yang sama, Fakhrul turut memohon agar semua masyarakat mendoakan kesihatan rakannya itu dan berharap anggota kumpulan Rabbani itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Nazrul dikejarkan ke Hospital Selayang selepas suhu badannya dipercayai meningkat ketika menjalani rawatan dialisis beberapa hari yang lalu. Ekoran daripada itu, penglihatannya agak terjejas dan semakin kabur.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Sumber: Fakhrul Radhi

SKIP THIS AD ×