berita

Walaupun Berbeza Pendapat, Tapi 6 Perkara Ni Memang Dekat Dengan Rakyat Malaysia!

August 23rd, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Image result for malaysian

Walaupun duduk dalam satu negara yang sama, tapi kita semua mempunyai perbezaan pendapat. Namun, ada beberapa perkara yang sentiasa menyatu padukan rakyat Malaysia dan salah satu dari perkara ni mesti korang pernah buat kan?

1. Nak makan mana ni? Last-last ke mamak jugak..

Rakyat Malaysia ni kalau sehari tak lepak mamak memang tak sah lah! Bila nak lepak, tengok bola, borak pasal bisnes, main games pun mamak jugak yang jadi pilihan. Bila dah takde idea nak makan mana, sudahnya mesti ke mamak pekena roti canai, megi goreng dengan secawan MILO® panas! Perghhh!

2. Tengok kat rumah tapi over mengalahkan tengok kat stadium.

Bila ada perlawanan bola ataupun badminton yang melibatkan negara kita, confirm semua orang akan berlonggok depan tv dan tengok ramai-ramai dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.

Ingat lagi tak masa Datuk Lee Chong Wei bertarung di Sukan Olimpik Rio 2016? Masa tu memang setiap saat mendebarkan. Kita yang tengok kat rumah ni yang over, siap boleh dengar jiran sebelah bersorak sekali!

3. Semangat Malaysia Boleh!

Kredit: Says.com

Setiap kali pasukan Malaysia  bertanding di peringkat antarabangsa, memang jelas semangat kesukanan yang rakyat Malaysia tunjukkan kat stadium. Tak berhenti-henti laungkan moto negara kita iaitu Malaysia Boleh!

Kalau korang nak tahu, slogan Malaysia Boleh ni diperkenalkan melalui kempen pemasaran MILO® yang berkolaborasi bersama Sukan SEA Singapore pada tahun 1993 dan masih digunakan sampai sekarang.

4. Siang, malam, pagi, petang nasi lemak!

Kredit: kuali.com

Satu keunikan yang ada pada rakyat Malaysia ni adalah boleh makan nasi lemak pada bila-bila masa je. Sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam pun nasi lemak!

Kalau ada kedai nasi lemak yang viral, memang terus start enjin kereta pergi cari tempat tu. Disebabkan kecintaan rakyat Malaysia yang mendalam terhadap nasi lemak jugalah timbul macam-macam makanan seperti burger nasi lemak, kek nasi lemak dan aiskrim nasi lemak!

5. Manglish, hanya rakyat Malaysia yang faham!

Senang je kalau korang nak cam rakyat Malaysia, dengar dia cakap. Kalau ada perkataan “lah” ataupun perkataan campur Bahasa Melayu dan English, sah dia orang Malaysia!

Korang pergilah mana-mana, memang takkan jumpa slang macam ni. Sebab tu kita ni unik! Samalah macam MILO®. Korang sebut MY-LOH atau MEE-LOH?

6. Sangat excited bila nampak lori MILO®!

Siapa setuju kalau kami cakap, air MILO® sejuk dari lori MILO® adalah the best in the world? Rasanya semua setuju kan? Dulu masa hari sukan sekolah, setiap kali nampak lori MILO® masuk dalam pagar sekolah, memang bersorak sakan dan excited gila!

Siap beratur banyak kali sebab secawan MILO® memang tak pernah cukup. Sampai viral cerita tentang seorang wanita mengandung yang kejar lori MILO® sebab mengidam sangat. Punyalah power penangan air MILO® lori ni!

MILO®, sentiasa dalam hati rakyat Malaysia!

Dari kecil, kita dah kenal dan minum MILO®, jadi MILO® ni memang dah tak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sejak 60 tahun lalu, MILO® paling dikenali sebagai sebuah jenama yang memperjuangkan pembangunan sukan dan giat mempromosikan kepentingan gaya hidup aktif.

MILO® juga sentiasa menyokong perjalanan atlet-atlet negara dalam memperjuangkan nama tanah air ke seluruh dunia.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tak lama lagi ni, MILO® ingin sama-sama meraikan kita sebagai rakyat Malaysia yang unik! Tak kisahlah minum kat rumah ke ataupun di kedai mamak, MILO® sentiasa menjadi kegemaran dan dekat di hati rakyat Malaysia.