berita

Walaupun Dah Mohon Maaf, Polis Tetap Cari Wanita Sebar Berita Palsu Punca Kematian Pemanah Negara

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali dengan nama Aqila Yusri berhubung kes berita palsu mendakwa kononnya punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah kerana darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

Wanita tersebut juga mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian terbabit.

Sebar berita palsu

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan mengenai rakaman video berita palsu itu pada 22 Mei lalu.

Siasatan awal mendapati rakaman video berkenaan dimuat naik menerusi status WhatsApp milik penama, Aqila Yusri selain dimuat naik dalam Instagram. Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat ambil vaksin berkenaan. Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat.

Sebelum ini, Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Zahari Noor memaklumkan punca kematian  arwah Haziq disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Mohon maaf

Assalamualaikum, saya ingin memohon maaf di atas kenyataan saya berkenaan vaksin AstraVeneca bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan darah beku di jantung serta ianya mempunyai hubung kait dengan kematian arwah Haziq. Dalam pada itu saya juga ingin memohon maaf mengenai kenyataan saya yang melibatkan Subang Jaya Medical Centre serta mama saya.

Saya mengetahui kesilapan saya. Pendapat saya telah menimbulkan salah faham kepada semua pihak. Saya salah faham dengan kenyataan doktor mengenai kelebihan dan keburukan vaksin kepada setiap individu. Saya berkongsi informasi tanpa menyelidik fakta terlebih dahulu.

Terbaru, Aqila telah tampil memohon maaf dan mengaku bahawa dia tidak menyelidik fakta terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada umum. Tambahnya, semua yang dikongsikan menerusi video tersebut adalah pendapat peribadinya. Jelas Aqila, dia tidak mempunyai ilmu berkaitan perubatan. Oleh itu, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menegurnya secara berhemah.

Sumber: Berita Harian & Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×