berita

Walaupun Jasad Dipenjara, Semangat & Daya Juang Najib Tetap Membara – Zahid Hamidi

August 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Dato’ Sri Mohd Najib Tub Abdul Razak yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, semalam.

Artikel berkaitan: Keluarga Kongsi Mesej Datuk Seri Najib – ‘Jika Ditakdirkan Ini Perjalanannya, Apalah Daya Daddy…’

Artikel Berkaitan: ‘Maafkan Saya Daddy, Kami Bangga Dengan Kekuatan Kamu’ – Nooryana Najwa Najib

Terus bersama Najib

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, mereka merasa amat terkilan kerana proses dan ruang untuk Najib mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baharu membuat persiapan telah dinafikan.

Bagi UMNO keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri yang telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meletakkan Malaysia di persada sebelum disuramkan oleh kegagalan dua kerajaan selepas PRU-14 yang lalu.

Walau jasad dipenjara, semangat dan daya juang mantan Presiden UMNO itu dalam usaha mempertahankan dirinya serta tampil berada di barisan hadapan untuk melonjakkan semula citra UMNO sehingga mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU-14 akan tetap membara.

Dalam kenyataan tersebut juga, seluruh ahli UMNO menyatakan akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.

Perlu bertenang dan tanamkan tekad

Menurut Zahid Hamidi, semua ahli UMNO perlu bertenang dan tanamkan tekad, segala kepincangan dalam sistem untuk menjamin keadilan akan menjadi salah satu agenda untuk diperbetulkan.

Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan terdahulu dalam pelantikan Hakim dan perjalanan sistem perundangan negara.

Kenyataan media

Sumber: Ahmad Maslan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×