berita

Walaupun Lambat Bercakap, Netizen Teruja Dengar Anak Wawa Zainal ‘Speaking’

September 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini pelakon jelita, Wawa Zainal, pernah berkongsi kebimbangannya apabila anak sulungnya Ahmad Fakhruddin Attar, masih belum boleh bercakap walaupun usianya sudah mencecah empat tahun. Terbaru, menerusi Instagram Wawa, dia berkongsi perkembangan dan keadaan Attar yang bakal memasuki tahun satu tidak lama lagi.

Belajar sekejap lepastu bosan

https://www.instagram.com/p/B2efS6IBhyk/

Menurut Wawa, anaknya Attar sudah mengalami perubahan yang positif dan bersedia untuk memasuki tahun satu tidak lama lagi. Tambahnya, dia dan suami gembira apabila Attar telah lulus peperiksaan awal di sekolah baru. Sebagai ibu, dia dan suami, Aeril Zafrel, tidak percaya bahawa anaknya itu mampu menjawab kesemua soalan yang diberikan. Dia berasa lega, walaupun anaknya tidak lancar untuk bercakap tapi dia seorang yang cepat dapat tangkap apa yang di ajar.

 Suka bertutur Bahasa Inggeris sahaja

https://www.instagram.com/p/B1jNh0NghYJ/?utm_source=ig_embed

Terdahulu, Aeril berkongsi video anak sulungnya di Instagram. Menurut Aeril, anaknya itu hanya memilih untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja. Pasangan tersebut menyedari perubahan positif Attar selepas menghantar anak mereka ke kelas terapi sejak setahun yang lalu. Dari situ, mereka melihat perubahan yang ketara dan banyak peningkatan telah berlaku.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum dengan perubahan yang ditunjukkan Attar. Netizen turut mendoakan Attar supaya jadi insan berjaya pada masa hadapan.

Sumber: Wawa Zainal & Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×