

Pertama kali membawa lagu berentak dangdut ‘Perawan Atau Janda’, penyanyi, Jaclyn Victor berjaya menghiburkan para penonton yang menyaksikan program hiburan Gegar Vaganza 9, semalam.
Posing pembukaan kelakar?

Di Instagram, rata-rata netizen terhibur dan memberi pujian buat Jaclyn Victor kerana berjaya menyahut cabaran netizen menyanyikan lagu ‘Perawan Atau Janda’ nyanyian asal Cita Citata. Bukan itu sahaja, gelagat Jaclyn dan Kak Lina (Elly Mazlein) pada waktu itu membuatkan semua penonton mahu berhibur dan ‘menari’ bersama.



Namun begitu, Datuk Syafinaz memberi komen bahawa Jaclyn perlu belajar melakukan ‘posing’ yang menarik ketika melakukan pembukaaan.
Jac penyanyi yang sangat baik, Musician kualiti dia sangat high. Bagi apa sahaja lagu semua jalan. Kami masih tetap terhibur walaupun Jac bukan penyanyi dangdut. Cuma, masa di belakang tirai tu posing cantik sikit boleh tak. Nampak pelik.
Selain Datuk Syafinaz, Nabil turut berseloroh dan menyatakan bahawa posing Jaclyn seperti ‘T-Rex’. Walau bagaimanapun, mereka semua terhibur dan berharap Jaclyn dapat meneruskan perjuangannya dalam pertandingan tersebut sehingga ke minggu akhir.
Video
Sumber: Astro Gempak





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)