Terkejut kami mendengar khabar berita ini apabila pelakon veteran, Wan Maimunah dan suaminya yang baru sahaja bernikah pada 14 Disember 2013 dikatakan sudah bercerai.
Memetik berita TV Selatan:
Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, didakwa kini sudah tidak lagi bersama suaminya seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol yang popular di bandaraya ini.
Pasangan itu yang dinikahkan pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Bahru dikatakan sudah berpisah sejak beberapa minggu lalu, dan pelakon itu kini kembali ke Kuala Lumpur.
TV Selatan cuba menghubungi pelakon yang pernah memenangi Anugerah Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular untuk lima tahun berturut sejak 1992 itu, tetapi gagal.
TV Selatan kemudian menghubungi Makpol Saimon, 55, untuk mengesahkan status hubungan mereka, bagaimanapun pengusaha Kacang Pol itu hanya tergelak dan enggan mengulas lanjut.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)