
Hari ini, laporan Mstar menyebut penyanyi kumpulan Shades, atau lebih dikenali sebagai Wan Shades tetap meneruskan hasrat beliau untuk menyaman blog berkenaan yang menfitnah beliau sebagai suspek kes rogol, walaupun permohonan maaf sudah pun dikemukakan oleh pemilik blog berkenaan melalui program Awal Lagi siaran TV9, baru-baru ini.
Wan Shades bertegas untuk berbuat demikian kerana berasa kecewa dengan pihak berkenaan yang hanya memohon maaf di depan kamera dan memandang enteng akan perkara ini. Walau bagaimanapun, beliau sebagai orang Islam menerima permohonan maaf pemilik blog terbabit dan tindakan untuk meneruskan saman ini adalah sebagai satu pengajaran kepada semua pemilik media agar lebih beretika ketika menulis.
Selain itu, Wan Shade menafikan bahawa tindakan beliau ini adalah semata-mata untuk mencari publisiti, sebaliknya demi menegakkan keadilan.